Wednesday, 15 August 2012

Bekas Pengetua


1. Tuan Haji Abu Bakar bin Osman (1985-1986)

2. En. Mohd Razalli bin Sail (1986-1990)

3. Pn. Rokiah bt. Alias (1990-1993)

4. Pn. Nik Rokiah binti Nik Mat (1993-1996)

5. Pn. Hajah Adilah bt. Meor Ahmad Yusof (1996-1998)

6. En Ayob bin Abdul Manaf (1998-2000)

7. Datin Suwarni binti Hassan (2000-2006)

8. Pn Lucy Loretha Lyla B.C. Roberts (2006-2008)

9. Pn. Hanizah binti Idris (2008-2010)

Tuesday, 14 August 2012


Pentadbir

Pengetua SMKBB; Pn. Nooraini bt. Baharuddin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar; En. Khari b. Razali

Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum;  Pn Siti Sarimah bt. Shaik Abdul Rahman

Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Pn Lim Siok Kian

Ketua Bidang Matapelajaran Bahasa; Pn. Jagir Kaur a/p Prakash Singh
 
Ketua Bidang Kemanusiaan; Pn Ng Mei Chin

Ketua Bidang Teknik dan Vokasional; Pn See Lye Yeng

Ketua Bidang Sains dan Matematik; Cik Kuah Swee Toh



Guru SMKBB

Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah

Januari 1985
SMK Bukit Bandaraya dikenali sebagai SMK Taman Bandaraya. Buat sementera waktu, pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Seri Pantai. Pada ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar Tingakatan 1 menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.

Jun 1986
Semua pelajar berpindah ke bangunan baru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

1990
Bilangan pelajar meningkat kepada 226 pelajar.

1991
Jumlah pelajar meningkat kepada 486 pelajar.

2001
Mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan 54 orang tenaga pengajar.

2009
Jumlah pelajar seramai 1166 dan 78 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga tiga orang pembantu makmal. Terdapat lima buah blok 4 tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik akses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabar sekolah, bilik boss, makmal-makmal sains, perpustakaan dan bilik media, tandas pelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, bilik komputer, kantin, kolam ikan, teratak patriotisme dan taman bunga.


Alamat :
SMK Bukit Bandaraya, 
Lorong Ma'arof, 
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-20953645

No. Faks :
03-20951690

Alamat E-mel :
smkbb85@yahoo.com

Laman Web :

Profil Sekolah

Misi Sekolah
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Visi Sekolah
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

Moto Sekolah
Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah.


Piagam SMK Bukit Bandaraya
Kami warga SMK Bukit Bandaraya:
Berakhlak mulia, cerdas dan berketerampilan.
Suasana pendidikan sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat.
SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra.

Moto Sekolah; Berilmu, Berakhlak, Berbakti
Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah.

Berilmu; berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

Berakhlak; berupaya untuk mengawal disiplin diri, bersopan-santun dan bertatatertib.

Berbakti; Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri, keluarga, sekolah dan negara.

Monday, 13 August 2012

Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebansaan yang terletak di Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya merupakan salah satu sekolah anak angkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah kawalan. SMKBB terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pelajar ini mengambil pelajar-pelajar yang cemerlang ketika di sekolah rendah. Sekolah ini menyediakan aliran Sains Tulen dan Sains Sosial bagi pelajar Tingkatan 4 & 5. Juga menyediakan subjek Rekacipta, Pendidikan Seni, Tasawwur Al-Quran, English dan Science for Technology (EST), Catering, Elektrik dan Elektronik.

Sekolah ini menjadi begitu terkenal sehinggakan bekas ahli Parlimen Lembah Pantai, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil pernah beberapa kali memberikan sumbangan dan merasmikan pertandingan Street Soccer.