Sejarah Sekolah
Januari 1985
SMK Bukit Bandaraya dikenali sebagai SMK Taman Bandaraya. Buat sementera waktu, pelajar kumpulan pertama menumpang di Sekolah Menengah Seri Pantai. Pada ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar Tingakatan 1 menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.
Jun 1986
Semua pelajar berpindah ke bangunan baru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya.
1990
Bilangan pelajar meningkat kepada 226 pelajar.
1991
Jumlah pelajar meningkat kepada 486 pelajar.
2001
Mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan 54 orang tenaga pengajar.
2009
Jumlah pelajar seramai 1166 dan 78 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga tiga orang pembantu makmal. Terdapat lima buah blok 4 tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik akses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabar sekolah, bilik boss, makmal-makmal sains, perpustakaan dan bilik media, tandas pelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, bilik komputer, kantin, kolam ikan, teratak patriotisme dan taman bunga.
No comments:
Post a Comment